[ Negara ini wajib kembali semula kepada Islam ]

|

 Hari ini aku menulis, kerana aku tahu ini antara USAHA-USAHA yang boleh aku lakukan kepada kebangkitan semula Islam. Hari ini aku menulis kerana aku tahu beginilah penulis ihya' ulumuddin lakukan untuk beri kesedaran sehingga membawa semula kegemilangan Islam di Palestin. Aku suka untuk menceritakan sedikit sejarah Palestin dan imam Al-Ghazali buat mereka yang tidak faham apa itu yang dinamakan USAHA ini.

  Sejarah pelanggaran baitul maqdis oleh tentera kristian(selepas pembukaan kota suci itu oleh umar al-khatab) menodai perempuan-perempuan suci,isteri-isteri orang islam,pembunuhan anak-anak kecil,penyembelihan orang-orang tua dan 1001 jenis keseksaan orang-orang Islam hari ini berulang kembali. Ia hari di mana lahir dan berkembangnya puak-puak sesat yang suka bawa ideologi-ideologi baru di sudut aqidah seperti mu'tazilah,jabariyyah,qadariyyah dan lain-lain. Kelahiran puak-puak ini sebenarnya membawa kepada perpecahan. Perpecahan yang menjadi punca kepada baitul maqdis dipijak dan dinodai kembali maruahnya oleh tentera kuffar.


  Melihatkan situasi ini, hujjatul islam tidak terus melaung-laungkan jihad menentang tentera kuffar. Tetapi,beliau observe dan memperbaiki semula peradaban Islam itu dengan tulisan-tulisan sehingga lahirnya beberapa buah kitab beliau dalam beberapa bulan saja (kita nak khatamkan 1 kitabnya pon bertahun lamanya,, semoga Allah memberkati roh beliau). Usaha beliau tidak pernah sia-sia, tersebar luas kitab-kitabnya dan pengajian kitab-kitab beliau hingga mampu membawa kembali kepada pemusatan kekuatan-kekuatan Islam.
Di bawah pimpinan Sallehuddin Al-Ayubbi, pembebasan jerussalem direncana dan dijayakan Allah.
Al-Fatihah buat hujjatul islam dan tentera-tentera Allah.




kepada anda dan kalian, ini usaha saya, dengan menulis untuk bawa kesedaran kepada kalian untuk KEMBALI semula kepada islam yang sebenar-benarnya dan MENOLAK mereka yang menjadikan Islam sebagai bahan sampingan (sekularisme) . Dalilnya ada pada surah sapi betina ayat 208 ::::::::------


"Wahai, orang-orang yang beriman !MASUKLAH ke dalam ISLAM secara KESELURUHAN, dan JANGAN kamu ikuti syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang NYATA .!!"


  Orang cakap,aku ni anti-umno, anti-pemimpin negara, tidak ada nilai patriotik langsung bila aku post benda-benda macam ni. Tetapi pada hakikatnya, aku telah disemai dengan nilai cinta akan negara,kasih akan bangsa, semua sifat patriotik inilah yang menjadikan aku begini. Sedar akan keruntuhan akhlak, sedar akan masalah-masalah ekonomi, sedar akan keselamatan negara, kesedaran pada hari ini lah yang menjadikan otak orang yang BERFIKIR ini ligat memikirkan apa dan di mana sebenarnya silap dalam membentuk negara yang aman dan makmur.


  Tidak perlu ligat berfikir pon sebenarnya, cukup dengan dalil al-quran yang di atas sebagai perintah kepada kita untuk kembali kepada Islam dengan sebenar-benar Islam. Apabila anda seorang Islam yang beriman dengan Al-Quran, anda secara tidak langsung akan percaya dan yakin bahawa Islam itu tidak bersifat ukhrawi semata. Pengamalan Islam sebenarnya yang merumputkan bumi ini sebagai jalan-jalan syurga. Islam sebenarnya yang menjadikan sifar keruntuhan moral dan akhlak, Islam sebenarnya yang menjadikan ekonomi berkembang baik, Islam sebenarnya yang menjaga keselamatan negara dan bangsa yang aku cintai ini dari anasir-anasir dalam dan luar.


 Berkaitan dengan masalah keruntuhan akhlak atau dalam kata lainnya barah sosial. Kita semua memang sedia maklum kes-kes sosial ini memang sudah lama kerajaan malaysia tidak dapat "menang tangan". Mungkin EGO dalam diri setiap dari mereka yang menjadikan tidak mahu tunduk kepada penyelasaian yang sudah lama diturunkan sejak 1400 tahun yang dulu. Penyelesaian kepada kes-kes jenayah,rompakan,buang anak,zina ini hanya SATU solusi iaitu kembali semula kepada hukum-hukum Allah 


 Mereka yang mempunyai kuasa untuk menjalankan perintah Allah dalam bentuk perundangan negara ini tidak lain dan tidak bukan pemerintah sebuah negara. MEREKA  ini Allah katakan sebagai kafir,zalim dan fasik bila diberikan kuasa/pemerintahan tidak bawa apa yang Allah telah wajibkan.
Kalau negara kafir xbuat ape yang Allah perintahkan itu memang tidak boleh dipertikaikan la. Tetapi, bila pemimpin yang beragama Islam itu tidak menjalankan atau tiada SECUBIT usaha pun dalam  membawa ape yang Allah turunkan, MEREKA inilah orang yang ZALIM lagi FASIK. Dalilnya berada dalam surah Al-Maidah ayat 44,45 dan 46. Seeloknya kalian buka tafsir Al-quran sekali SUPAYA boleh tegur aku kalau ada salah silap.
ayat 44(di hujung ayat) :
"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang kafir"
ayat 45(di hujung ayat) :
"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang zalim"
ayat 47(di hujung ayat) :
"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang fasik"

Akhirtinta,
 Jangan sesekali jadikan pemikiran kita pemikiran robot. Perjalanan hidup yang telah diprogram pergi sekolah belajar-->naik universiti belajar-->graduate-->dapat kerja-->kahwin--> mati. Ingat kawan-kawan, Raja terbaik itu kandungnya disemai dengan benih-benih cintakan islam, ditarbiyah untuk hidupkan islam, dan menjadikan dia diangkat sebagai Raja yang Terbaik kerana Tarbiyahnya itu diperhalusi dengan Siasah di awal usia kanak-kanak lagi.

Poco-Poco kesinambungan Yoga dan saya suka akan Tai Chi~

|

gambar x abeh donload.hehe


Salam kesedihan 1Malaysia kerana diperintah oleh seorang boneka lelaki yang dicontrol oleh seorang Quenn of the jungle.
Rasa-rasenye orang ramai dok sibuk bincang pasai poco2 dan porno2 la kan. Tapi, Mujahid Muda Hari Ini tidak mahu menulis pasal porno-porno. Mujahid nak cerita pasal poco-poco.
Dulu sekitar 2007-2008 rsenye, Mujahid teringat kes orang riuh rendahkan pasal Yoga. Riuh rendah bukan sebab ape,sebab yang sama gak mcm hari ni punya kes. Yoga difatwakan sebagai haram diamalkan oleh orang islam.!
Ceh,,orang yang layak fatwakan haram dah haramkan. Dan-dan ada pulak orang jahil kat TV1 bawak topik yoga ni ke dalam Selamat Pagi Malaysia. Lepas tu, Mujahid ingat lagi pengacara perempuan yang ada konspirasi dengan pemimpin UMNO cakap, "saya amalkan yoga juga,rasanye xde mslh pon,ape-ape pon sumenye bergantung pada niat kita sebenarnya".
=.='''
sila jemput beliau menjadi ahli majlis fatwa. LOL.
yoga
Justeru Yoga haram ye.
http://www.nikhanz.com/fatwa-pengharaman-yoga-oleh-majlis-fatwa-kebangsaan/177
http://www.scribd.com/doc/8473811/Hujah-Pengharaman-Yoga-2

http://www.scribd.com/doc/8473811/Hujah-Pengharaman-Yoga-2



Lama dah lepas orang xpuas hati dengan yoga diharamkan datang la pula senaman poco-poco.
Poco-poco ni bukan baru datang sejurus lepas yoga diharamkan,lama dah poco-poco ni bertapak kat malaysia cumanye, poco-poco ni menjadi semakin popular selepas yoga diharamkan. Dan menjadi bertambah popular bila ia menjadi tarian yang dipopularkan oleh orang yang pepopular siapa lagi kalau bukan rosmah yang mempopularkannya. Setiap kali program 1Malaysia kalo ade slot pagi atau petang mestinya poco-poco yang menjadi aktiviti 'rohani' mereka.Bukan nak kata mujahid ni anti-rosmah, tapi hakikatnye,mujahid memang tidak sekufu langsung dengan rosmah.
Memang pon dari dlu Mujahid xberkenan dengan poco-poco. Ade je muslimat yang main poco-poco. Lepas dah diharamkan oleh majlis fatwa perak mujahid rasa gembira sdikit. Walaupon ada certain2 ulama' kata harus, lebih baik kita tinggalkan terus kan. Di antara yang haram dan yang halal itu adalah syubhah, tinggalkan benda syubahah itu lebih baik.
apa-apa pun poco-poco sudah pon diharamkan oleh majlis fatwa negeri perak
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31589%3A-senaman-poco-poco-haram-mufti-perak&catid=1%3Autama&Itemid=50


yang nie pula dr yang kata poco-poco itu harus
http://drmaza.com/home/?p=1384


p/s :ijtima' ulama' itu lebih tinggi daripada ijtihad seorang 'alim






Ermm...sebenarnye,mujahid memang terkilan sangat dengan poco-poco nie.
Teringat time pergi sekolah dulu awal pagi dalam pukul 6.45 mesti ada ramai orang cina mostly dan orang melayu dan india x kira tua,muda,miskin,kaya yang bertai chi kat depan balai raya kat taman mujahid duduk. Mujahid memang suka sangat tengok orang bertai chi dengan gaya,kelembutan serta keadaan pagi yang mendamaikan hati.
Memang masyuk tengok orang bertai chi.
tapi, tahun 2009 senaman tai chi yang memang digemari mujahid telah diambil oleh oleh orang melayu(UMNO) di tempat itu. Digantikan dengan poco-poco yang memaksa orang tua melompat-lompat sekali. arghh,,,!!! Geram mujahid sangat999999x.!!!


Ce tengok gambar2 nie...
lagi best kalo tgk gambar orang bertai chi  kan drpd tengok gmbar orang berpoco ?kan2 ?kan ?hehe



poco-poco

tai chi

justeru,,,,JOM LA BERTAI CHI.!!!hehe ;D


~Merenung langit Illahi~

|


Suka sekali aku mengintai keindahan dada langit lebih-lebih lagi selepas hujan kalau bernasib baik dapatlah melihat kecantikan pelangi. Senang sekali mendapat ketenangan dengan melihat kecantikan lukisan ciptaan Illahi ni, tidak tergambar dek akal fikiran dengan kecantikan pintu gerbang jannah serta isi di dalamnya kelak, (semoga kita diberi menikmati kenikmatan di dalamnya).

Seringkali aku bermonolog sendirian bila memandang ke langit, memikirkan jiwa-jiwa pemuda Malaysia, memikirkan kezaliman berpolitik di Malaysia, memikirkan masa depan ku. Kadang-kadang ia menjadi status di facebook supaya aku mendapat cetusan pemikiran dari mereka yang lain. Namun, renungan ku ke langit semalam dan pagi ni hanya menambahkan kecuakan ku.
Aku harus pilih 1 jalan sahaja daripada berjalan-jalan yang sudah sedia ada. Tidak tahu yang mana 1 kah jalan yang membawa pengakhiran yang baik. Jalan yang pastinya tidak menjadikan aku sebagai pemfitnah kepada Islam yang di junjung. Jalan yang di dalamnya menjadikan aku istiqamah menuju keredhaan Illahi.
Hmmm..1 sahaja yang aku tahu, jalan-jalan ini, jalan yang aku pilih ini sebenarnya aku sendiri yang akan mencorakkannya menjadikan ia cantik dan buruk semua adalah kerja aku. Dan yang terpenting dalam mencorakkan jalan ini adalah hubungan aku dengan sebaik-sebaik pengatur. Dia lah Rabb ku juga Rabbul'alamin
Doakan aku istiqamah, teman.

"A doctor in the house"

|




bajet comel lak wat muke cmtu


Sebuah karya yang "sakit dan daif" itulah yg disimpulkan oleh Dr. Abdullah Hassan setelah membaca memoir yang dikarang sendiri oleh dr mahathir mohamad.


hmmm,,,su'udzon aku ketika perasmian buku ni betol ke ?yelah,dia sendiri pada hari merasmikan buku ni kat tv3,,g cakap yang dia sudah bersedia dengan berbagai saman. Mmg terus dtg la sangkaan aku
yang dalam buku dia ni kalau bukan fitnah,mesti putar belit alam. Dah 2 bnde nie je yg mmg terpalit ngan dia.
lepas tu bace pula penulisan yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman. huh! mmg sah dah, doktor yg berketurunan mamak nie mmg buat putar belit sejarah dlm buku yg dikaryanya. Semua yang diputar x lain x bukan nk mmbersih nama dia dari sejarah tanah air. Bagaimana dulu kes dia memecat tun salleh abbas, dalam buku ni disalahkan pula agong.


mcm nie citernye,,,
1 ketika dahulu UMNO bertempur sesama sendiri...team A diketuai sendiri oleh mahathir dan team B diketuai oleh tengku razaleigh hamzah. Dan keputusan undi berpihak kpd mahathir dgn 43 majoriti. dgn kemenangan yg sbgini kecil maka bnykla peristiwa nye plak...antaranye, pgharaman umno dan kemunculan umno baru oleh mahathir. malas citer bab2 pgharaman nie...smbung blek...
lantas,org2 kuat dlm team B bawa kes nie ke mahkamah agung. Then, tun salleh abbas(ketua hakim negara) memanggil 9 org hakim mahkamah agung ntuk mendengarkan rayuan mereka yg kalah itu.


Bile mahathir dgr salleh buat mcm tu, tahulah dia kes ni akan diadili dgn adil...maka,sblom dputuskan umno diharamkan,,tun sallleh abbas dan kesemua hakim yg mndgr kes tu pon dipecat...


ha,,,cmtu la citer salleh abbas kne pecat...pastu msok plak dlm buku doktor nie bahawa agong yg tidak berpuas hati dgn salleh abbas ekoran dari surat salleh abbas kpd agong pasai bunyi bising drpd penambahbaikan istana negara.


ade bnyk baik dan buruknya buku nie,,,


BAIK
1) menaik taraf bahasa inggeris kita
2) mmberi keuntungan kewangan kpd warga tua


BURUK
1) pengetahuan sejarah anda akan jd smkin songsang
2) memberi keuntungan kpd bekas perompak harta negara
3) fakta tunggang terbalik dlm buku yg ditulis selama 8 tahun itu bakal menunggang terbalikkan kepala otak      anda.


so,,,xyah beli buku nie...wat bazir duit jah...beli quran dan hadiahkan kat org lagi bagus.! 

~SAKINAH~

|

Ya Allah tuhan pemilik hati2,

UjianMu begitu berat sekali untuk hamba yang lemah ini,

Tiada daya aku tempuh ujianMu dengan hati yang berbolak-balik ini,
Perkuatkanlah diriku sepertimana Engkau memperkuatkan hamba2Mu yang Engkau redhai,

Ku pinta agar dijagakan hati ini supaya sentiasa yakin dengan hikmah yang ada disebalik ujian,
Ku pohon keampunan dariMu yang sememangnye punca kesedihan ini adalah dari dosa-dosa ku sendiri,

Ku redha dengan ujian ini dan tidak pernah berhenti mengharap dariMu,

Pahit ujianMu ini, ku pinta agar dimaniskan sedikit dengan hati yang sakinah.

Ameen...



"usrah mmg bosan.!" mari cerita 'kebosanan' usrah anda

|

                Mari bercerita mngenai pengalaman berusrah....Mmg usrah tu pada pemikiran budak2 xmatang(suka bermain 13-17) mmg sgt membosankan..dtmbah pula dgn naqib yg xtahu nk bawak usrah (mcm ak ni pndai bwk je an) lagi la membosankn...Mula dgn umul kitab pastu slot tasmi' mentasmi'--->bace al-quran--->msok syllbus--->kafaratul majlis...adeyh, mmg bosan bangat sihh...
mane xbosannye,rutin harian usrah mcm tu jek...xde kepelbagaian, yg ak nie pulak berjiwa radikal...puak2 fly memfly...bila mase nk dtasmi' ak hapal amende ntah,,,konpem la melencong tmpat lain bile mase usrah...hehe
bacelah doa rabithah selesai shj berusrah






usrah bukan sekadar mmbicarakn tajuk usrah
                Tp,bermula dgn 1 bnde yg mnjdkn ak minat nk brusrah ni,bila syllbus hari tu(Alhamdulillah, ak x fly)naqib ak cmpak tepi rsenye...dia cerita ttg sejarah,sejarah yg smpai hari ini mmg mnjd minat ak nk bacenye walaupon bnde yg berulang kali iaitu, kisah Al-Fateh...Mmg minat ak bace perang2 nie,jdnye bila introduction usrah tu dbuka dgn hadis nabi ttg pembukaan kota konstantinopel ak jd kaku,xleh nk lari...bila dceritakn bgaimana Al-Fateh nie pon same,berjiwa radikal(mksd ak,lebih suka bermain drpd belajar dgn guru2 beliau) ak jd lebih smgt nk taw...tp tu je la hari yg ak rsekn hari plg best bile berusrah...pastu tajuk usrah cerita ttg akhlak,akidah...tidak mnyntuh lgsung permslhan hari ini,tidak mmbuka minda ak sbg seorg RAKYAT MALAYSIA ISLAM yg duduk dlm sbuah skolah asrama...itu usrah kat sekolah mnengah yg pada realitinye mmg sgt bosan..

                 Kemudian,saya(prkataan pon da jd baik skit) dmsokkn ke pusat asasi uia,dpertemukan dgn usrah dari gombak..okeh,tajuk pertama mmg ade mmbicarakn permslhn hari ini dan dnyatakan tujuan mngapa usrah...kalo kat skolah xbpe jelas sgt naqib gtaw matlamat usrah(ntah2 naqib pon xtaw matlamat usrah ape dye...yg dye tekankn rukun usrah jek...)bila sudah jelas matlamat baru la sng skit hati nie nk bg komitmen kat usrah...YA.!usrah adalah sbhg drpd tarbiyah dan tarbiyah ini perlu kpd proses yg berterusan...usrah ade beberapa matlamat...
1) fardu muslim
2)baitul muslim
3)mujtama' muslim
konsep kehidupan naruto juga adalah konsep usrah
4)daulah islamiyah
5)khilafah islamiyah
okeh,matlamat dah jelas.!skang komitmen kne ade pada usrah..
naqib saya ckp,kalo dlm smggu tu xbuat usrah,hati tu dah berkocak-kacik dah...hehe..saya nie bukan jenis yg cepat mnerima ape yg org ckp,..test la xdtg usrah,mmg minggu yg ke2 tu dah mcm2 taklifat xbuat...anda betol wahai naqibku...

                 Bajet excited punye pasal smpai terjoin 2 usrah...naqib ak yg sorg nie ckp,jgn mmberatkn diri sndiri..pilihla pada 1 usrah..nk pilih usrah tu...lihat keterikatan hati dgn usrah yg mane(wahh mcm nk pilih calon zaujah pulak,men2 ikut ketenangan hati)...kalo hati kat usrah gombak,silakan komit dgn mereka dan tgglkn ana(tacing wehh...haha)..akhirnya,dsbbkn kebersamaan kami lebih bnyk dan kami pon bnyk berkongsi mslh..saya memilih beliau sbg naqib dlu kini dan selamanya...bukan tu je faktornye,sbb usrah gombak mghadapi krisis..dan saya mghadapi mslh nk mgikat hati dgn naqib yg baru dari gombak nie...

HENSHIN !!!

                 Ape2 pon, saya terikat dgn usrah sbb usrah nie xbosan...xnk bosan ?naqib kne pndai main la...bersama2 lah dgn adik2 sepertimana kebersamaan anda dgn rakan2 anda...
drpd kebersamaan tu akan lahir 1 perasaan hubbullah wa hubbunnas(ukhuwah)...ukhuwah yg ddasarkn dgn nilai2 islam...ia dpggil ukhuwah islamiyah..sekian saje ntuk usrah yg 'bosan' nie..anda bgaimana ?hehe
"ukhuwah qabla quwwah"


Kpd naqibku, bisikan hati mngatakan ini, "ana rindukan enta,"moga Allah mnjd pengikat hati kita dlu,kini dan selamanya...

"kemulian kami adalah dengan islam"

|

         Kita nk mmberi mestilah bnyk menerima juga..untuk mnjd org yg berjiwa daie dan otak fakih mesti bnyk mmbaca...dlm perjalanan pulang ke rumah,samada bas atau kereta mari kita pupuk diri kita dgn mmbaca..supaya dgn input yg bnyk hasilnya output yg bnyk juga...dlm perjalanan pulang ke seremban smlm,alhamdulillah dpt skit bce buku "kuasa kepimpinan Al-fateh"-writen by Muhammad Syaari (sape yg belom beli,g beli la...sgt bgus buku ni..hehe)
hasil dari pembacaan tu,saya tertarik dgn petikan kata2 saidina umar r.a
"kita adalah kaum yang dimuliakan Allah hanya dgn Islam. Apabila kita mencari selain Islam sbg cara hidup,maka bersedialah menerima kehinaan drpd Allah"
-Al Farouq r.a 1400++ tahun yg lepas ketika memegang panji2 Islam sbg Amirul mukminin-


        Kata2 ini terbukti bila kepimpinan Islam, Allah beri kpd org bukan Arab pula iaitu bangsa kurdish (Nuruddin Zinki dan pembuka kunci Palestin yg ke-2 Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi). Kemudian setelah bertukar-tukar khalifah islam, Allah jatuhkan pula kerajaan Abbasiyyah kerna tiada nilai Islam dlm diri mereka dgn pelanggaran baghdad oleh tentera Mongul. Bagaimana Allah menghina org Islam Abbasiyyah dgn kekejaman tentera Mogul...telah terbukti apa yg telah Saidina Umar katakn...Kemudian, Allah beri pula kepimpinan Islam kpd Sultan MuradII dan melahirkan pula org yg dsbut nabi sbg sebaik2 raja(org turki bukan arab). Inilah siasah Allah,percaturan Allah,politik Allah dlm menaikkn dan menjatuhkn ssbuah negara/kerajaan/pemimpin. Dan Allah sebaik2 perancang.


         Mari kita relate dgn ape yg telah Umar katakn dulu dgn isu hari ini. Saya cuba relatekn ketuanan melayu yg ign dperjuangkn dgn kemuliaan bangsa melayu yg mengamalkn Islam. Hari ini Allah telah menghinakan bangsa Melayu. Mari kita tgk,isu yg khas ni ntuk org melayu je iaitu isu "pembuangan anak". Saya boleh katakan dahulu 100% orang melayu adalah org Islam. Tetapi hari ini ramai yg murtad. dsebabkn tiada pelaksanaan undang2  Islam. Nak harapkan kerajaan ???hmmm...useless...
xnk pergi jauh,balik kepada penghinaan Allah kpd org melayu iaitu bangsa yg ade mslh dgn isu pmbuangan anak...majoriti buang anak adlh org melayu..ketuanan melayu jenis mcm inikah yg nk dpertahankn ?


         Tiada nilai islam dlm pentadbiran negara..lihat saja pemimpin..bagaimana pemimpin negara sndiri yg  nk melaksanakn hub hiburan..kate org,kalo nk tgk negara tu,lihat sjelah pada pemimpin mereka...kenapa bising2 nk ketuanan melayu ?sbb dgn ketuanan melayu nie la bangsa melayu dihinakan Allah...ape ade pada melayu jika mereka tidak mgamalkn Islam..nk ketuanan melayu boleh..tp kne la Islam 100%. org Turki dlu pon dpt kemuliaan bangsa mereka dgn Islam...org melayu xyah kecoh2 pasal ketuanan melayu la,slagi Islam xdak dlm diri mereka..


         Alangkah bangganye saya jika hari ini, bangsa melayu adalah bangsa yg dmuliakn Allah...Panji Islam berada dtgn org yg berbangsa melayu...dan masa itu saya dgn BANGGA mngatakan "saya ANAK MELAYU yg dmuliakan Allah dgn Islam". Ayuh, sahabat2 kita mengislahkn diri ntuk mncari keredhaan Allah..