[ Negara ini wajib kembali semula kepada Islam ]

|

 Hari ini aku menulis, kerana aku tahu ini antara USAHA-USAHA yang boleh aku lakukan kepada kebangkitan semula Islam. Hari ini aku menulis kerana aku tahu beginilah penulis ihya' ulumuddin lakukan untuk beri kesedaran sehingga membawa semula kegemilangan Islam di Palestin. Aku suka untuk menceritakan sedikit sejarah Palestin dan imam Al-Ghazali buat mereka yang tidak faham apa itu yang dinamakan USAHA ini.

  Sejarah pelanggaran baitul maqdis oleh tentera kristian(selepas pembukaan kota suci itu oleh umar al-khatab) menodai perempuan-perempuan suci,isteri-isteri orang islam,pembunuhan anak-anak kecil,penyembelihan orang-orang tua dan 1001 jenis keseksaan orang-orang Islam hari ini berulang kembali. Ia hari di mana lahir dan berkembangnya puak-puak sesat yang suka bawa ideologi-ideologi baru di sudut aqidah seperti mu'tazilah,jabariyyah,qadariyyah dan lain-lain. Kelahiran puak-puak ini sebenarnya membawa kepada perpecahan. Perpecahan yang menjadi punca kepada baitul maqdis dipijak dan dinodai kembali maruahnya oleh tentera kuffar.


  Melihatkan situasi ini, hujjatul islam tidak terus melaung-laungkan jihad menentang tentera kuffar. Tetapi,beliau observe dan memperbaiki semula peradaban Islam itu dengan tulisan-tulisan sehingga lahirnya beberapa buah kitab beliau dalam beberapa bulan saja (kita nak khatamkan 1 kitabnya pon bertahun lamanya,, semoga Allah memberkati roh beliau). Usaha beliau tidak pernah sia-sia, tersebar luas kitab-kitabnya dan pengajian kitab-kitab beliau hingga mampu membawa kembali kepada pemusatan kekuatan-kekuatan Islam.
Di bawah pimpinan Sallehuddin Al-Ayubbi, pembebasan jerussalem direncana dan dijayakan Allah.
Al-Fatihah buat hujjatul islam dan tentera-tentera Allah.




kepada anda dan kalian, ini usaha saya, dengan menulis untuk bawa kesedaran kepada kalian untuk KEMBALI semula kepada islam yang sebenar-benarnya dan MENOLAK mereka yang menjadikan Islam sebagai bahan sampingan (sekularisme) . Dalilnya ada pada surah sapi betina ayat 208 ::::::::------


"Wahai, orang-orang yang beriman !MASUKLAH ke dalam ISLAM secara KESELURUHAN, dan JANGAN kamu ikuti syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang NYATA .!!"


  Orang cakap,aku ni anti-umno, anti-pemimpin negara, tidak ada nilai patriotik langsung bila aku post benda-benda macam ni. Tetapi pada hakikatnya, aku telah disemai dengan nilai cinta akan negara,kasih akan bangsa, semua sifat patriotik inilah yang menjadikan aku begini. Sedar akan keruntuhan akhlak, sedar akan masalah-masalah ekonomi, sedar akan keselamatan negara, kesedaran pada hari ini lah yang menjadikan otak orang yang BERFIKIR ini ligat memikirkan apa dan di mana sebenarnya silap dalam membentuk negara yang aman dan makmur.


  Tidak perlu ligat berfikir pon sebenarnya, cukup dengan dalil al-quran yang di atas sebagai perintah kepada kita untuk kembali kepada Islam dengan sebenar-benar Islam. Apabila anda seorang Islam yang beriman dengan Al-Quran, anda secara tidak langsung akan percaya dan yakin bahawa Islam itu tidak bersifat ukhrawi semata. Pengamalan Islam sebenarnya yang merumputkan bumi ini sebagai jalan-jalan syurga. Islam sebenarnya yang menjadikan sifar keruntuhan moral dan akhlak, Islam sebenarnya yang menjadikan ekonomi berkembang baik, Islam sebenarnya yang menjaga keselamatan negara dan bangsa yang aku cintai ini dari anasir-anasir dalam dan luar.


 Berkaitan dengan masalah keruntuhan akhlak atau dalam kata lainnya barah sosial. Kita semua memang sedia maklum kes-kes sosial ini memang sudah lama kerajaan malaysia tidak dapat "menang tangan". Mungkin EGO dalam diri setiap dari mereka yang menjadikan tidak mahu tunduk kepada penyelasaian yang sudah lama diturunkan sejak 1400 tahun yang dulu. Penyelesaian kepada kes-kes jenayah,rompakan,buang anak,zina ini hanya SATU solusi iaitu kembali semula kepada hukum-hukum Allah 


 Mereka yang mempunyai kuasa untuk menjalankan perintah Allah dalam bentuk perundangan negara ini tidak lain dan tidak bukan pemerintah sebuah negara. MEREKA  ini Allah katakan sebagai kafir,zalim dan fasik bila diberikan kuasa/pemerintahan tidak bawa apa yang Allah telah wajibkan.
Kalau negara kafir xbuat ape yang Allah perintahkan itu memang tidak boleh dipertikaikan la. Tetapi, bila pemimpin yang beragama Islam itu tidak menjalankan atau tiada SECUBIT usaha pun dalam  membawa ape yang Allah turunkan, MEREKA inilah orang yang ZALIM lagi FASIK. Dalilnya berada dalam surah Al-Maidah ayat 44,45 dan 46. Seeloknya kalian buka tafsir Al-quran sekali SUPAYA boleh tegur aku kalau ada salah silap.
ayat 44(di hujung ayat) :
"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang kafir"
ayat 45(di hujung ayat) :
"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang zalim"
ayat 47(di hujung ayat) :
"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang fasik"

Akhirtinta,
 Jangan sesekali jadikan pemikiran kita pemikiran robot. Perjalanan hidup yang telah diprogram pergi sekolah belajar-->naik universiti belajar-->graduate-->dapat kerja-->kahwin--> mati. Ingat kawan-kawan, Raja terbaik itu kandungnya disemai dengan benih-benih cintakan islam, ditarbiyah untuk hidupkan islam, dan menjadikan dia diangkat sebagai Raja yang Terbaik kerana Tarbiyahnya itu diperhalusi dengan Siasah di awal usia kanak-kanak lagi.

4 comments:

muhammad akashah said...

mantap la..(^_^)

fahmi said...

bestttt

ハリス said...

pergh, ni yg tulis sndri ni..bukan setakat terasa izzahnya, bahkan keluar nur2 dr setiap kalimahnya..allahuakbar, hebat2

Al-Qassam said...

ハリス :saya banyak menuntut ilmu dgn syeikh dari azhar iaitu syeikh harris fauzi.

Post a Comment