[ WAJIB tolak bunga 3% dari PTPTN ]

|

MUQADDIMAH

   Dalam fiqh politik, kerajaan adalah amanah rakyat, bukan untuk berniaga dgn rakyat. Agamawan tidak sepatutnya halalkan kerajaan berniaga dgn rakyat. Jgn leka dgn fiqh ekonomi sehingga lupa fiqh politik dan sosiologi. Semua fiqh ini saling kukuh mengukuhkan. Kalau abai satu, ia akan tempang. Fiqh jadi jumud. Kemudian ia akan dicandukan oleh sang penguasa

Kata Ibnu Khaldun, "perniagaan kerajaan terhadap rakyat akan melahirkan kebinasaan dalam pemerintahan"; Boleh rujuk dalam Kitab Mukaddimah edisi Bahasa Melayu terbitan DBP 1993, Bab Tiga, Fasal 40, mukasurat 337.


PTPTN

Dari sudut Syariah, 3% yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.

Apa itu Qard

‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

sebahagian dari teks yang ada dalam zaharuddin.net


Orang yang bersekongkol dengan riba'

Nabi SAW menyebut,

Ertinya : " Si pemberi (riba) dan si pengambil Riba adalah sama" ( Riwayat Muslim )

Walaubagaimana pun,
Islam bukanlah agama yang memberatkan umatnya.  Dalam keadaan darurat, maka perkara ini adalah diharuskan. Contohnya, seorang pelajar yang tidak mampu dan tidak ada bantuan kewangan lain untuk membiayai kos pelajarannya, maka adalah dibolehkan untuk membuat pinjaman yang ada riba' setelah yakin tiada lagi pinjaman lain yang tidak mengamalkan riba'.

Tetapi yang menyedihkan dan menghairankan saya, seorang kawan juga peminjam PTPTN memperlekehkan usaha sebahagian kawan-kawannya yang inginkan bunga dalam PTPTN ini dihapuskan. Antara komen yang diberikan, "dah tahu pinjam xnak bayar?", "geng-geng xnak bayar hutang", "padahal aku berak pon, kene bayar 30c". Mereka yang seperti ini, saya kira boleh dikategorikan sebagai orang yang redha dalam perkara haram kerana dia bukan saja tidak berusaha untuk menolak interest ini, bahkan juga memperlekehkan usaha kawannya menolak bunga ini. Kalau boleh, saya nak guna mesin cahaya masa pergi ke 4 tahun hadapan, lihat keadaan dia dibebankan dengan hutang berbunga 3% ini.

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fath al-Mubin li Syarh al-Arba'in dalam syarahnya terhadap hadis nabi berkaitan, mencegah kemungkaran menggunakan tangan, mulut dan hati. :

"Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika dia berkuasa (mengingkarinya) dengan kata-kata atau perbuatan,(nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya. Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu. Jika redhanya itu kerana menghalalkannya (beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram) sedangkan hukum kemaksiatan itu haram dengan ijma' dan telah diketahui umum iaitu ma'lum min ad-din bi adh-dharurah, maka dia dihukumkan kufur. Manakala jika redhanya itu kerana menurutkan hawa nafsu ( tidak beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram), maka dia dihukumkan fasiq, tidak kufur dengannya. Perkara ini ( membenci kemungkaran) adalah wajib 'ain ke atas setiap orang kerana semua orang berkuasa pada melakukannya".



sebahagian dari isi di atas adalah hasil ctrl+c

-
http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=33031
- http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/531-ptptn-hukum-a-kos-perkhidmatan.html

sekian sahaja kedhaifan saya
Assalamua'alaikum

[ Binnabil huda dan makna ]

|

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda

Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya


Artis: UNIC


copy paste jah