[ BERDOALAH ]

|

berdoalah dan pintalah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh














Assalamualaikum,,,
dah cukup lama berehat,
dah cukup da ber"wukuf",
blog korg pon bnyk yang dah bertukar wajah
rasa macam dah ketinggalan zaman je daripada kalian.
T__T

Banyak kali kita mengadu pada tuhan,
sering kali kita meminta pada tuhan,
acap kali kita berdoa pada tuhan,
tiap kali itu juga kita merasa hairan mengapa doa kita tidak dimakbulkan tuhan,,,

senyuman seorang ulama' bisa melunturkan hati yg keras
uhibbuhu fillah  ^__^
Sebenarnya bukan kerana doa kita tidak "dipandang" Allah,
tapi disebabkan beberapa perkara.

Menurut Ibrahim Adham apabila ditanyakan oleh anak muridnya perihal doa mereka yg tidak dimakbulkan,,,
beliau menjawab,
"saudaraku, ada sepuluh hal doa kalian tidak dimakbulkan."





1) Kamu mengenal Allah, TAPI tidak menunaikan hak-hakNya

2) Kamu membaca Al-Quran, TAPI tidak mahu mengamalkan isinya

3) Kamu mengakui Iblis sebagai musuh yang nyata, TAPI kamu dengan suka hati mengikutinya

4) Kamu mengakui mencintai Rasulullah, TAPI kamu suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya

5) Kamu sangat menginginkan syurga, TAPI tidak pernah melakukan amalan ahli syurga

6) Kamu sangat takut akan neraka, TAPI kamu dengan senangnya melakukan perbuatan ahlinya

7) Kamu yakin kematian pasti datang, TAPI amalmu tidak sedikit pon menunjukkan kamu sedang bersiap dengannya

8) Kamu sibuk mencari aib orang, TAPI tidak pernah ingat akan cacat cela dan aib sendiri

9) Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, TAPI kamu lupa mensyukuri nikmatNya

10) Kamu seringkali menghantar jenazah ke kubur, TAPI tidak pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal yang serupa

Inilah teman,,10 perkara yang sering kali pada awal ayatnya kita akui dan ketahui, akan tetapi kita acapkali juga melakukan perkara TAPI yang membuatkan doa kita tidak dimakbulkan

kata ayahku pula,
boleh jadi apa yang kita doakan itu lambat dimakbulkan Allah kerana Allah suka mendengar suara kita berdoa. boleh jadi, Allah nak menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi. boleh jadi, apa yang kita pinta itu akan mendatangkan keburukan kepada kita di masa depan.
Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.

Tertarik dengan mesej yang semua orang pernah dapat dan tahu,
"kita meminta seekor rama-rama, tetapi tuhan berikan seekor ulat.
 kita merasa sedih kenapa tidak diberikan seekor rama-rama,,rupa-rupanya
 ulat itu bertukar menjadi rama-rama."

hakikatnya,
Allah kata,
"pintalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan."
jadi,,,jangan sombong untuk berdoa kepada Allah, walaupon 10 TAPI yang di atas seringkali kita lakukan dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

post ini ditujukan khas buat yang tercinta,,,
iaitu diri sendiri.
post ini ditujukan umum buat yang membacanya.
jika didapati ada tidakbenarannya dalam post ini,mohon dberitahu supaya saya boleh perbetulkannya.

Alhamdulillah dapat gak update blog
::senyum selalu::
=) [ T___T ]