[ Negara ini wajib kembali semula kepada Islam ] [PART 2]

|



Post sebelum ini,sudah saya bicarakan mengenai permasalahan gejala sosial. Hari ini, saya mahu bicarakan permasalahan politik tanah air. Nah, ketidakstabilan politik kini mengundang banyak permasalahan. Mana mungkin rakyat Malaysia hari ini, boleh kata kita hidup dalam suasana aman damai, makmur, sejahtera dan berbagai-bagai lagi kata retorik di dada-dada akhbar.
Tentu sekali isu yang saya mahu kaitkan hari ini, berkaitan dengan isu sumpah-menyumpah. Benda ini sudah lama dijadikan permainan mereka. Jika kalian masih ingat, mubahalah yang hangat dimainkan bermula sekitar PRK permatang pauh. Saiful Bukhari bersumpah atas nama tuhanku yang agong bahawa dia diperliwatkan secara paksa oleh Anwar. Sedikit pelik saya berkaitan kes, dalam sumpahnya dia diperliwatkan secara paksa tetapi kes mereka berdua disiasat di bawah kes liwat secara sukarela. Lagu mana dia kena pun saya tidak tahu.
Kemudian selang beberapa hari, datang pula luahan sumpah yang kedua daripada Najib bahawa dia tidak kenal Altantuya. Itu hak Najib untuk membela diri dia dari fitnah. Memang tujuan sumpah itu untuk membersihkan diri dari tuduhan(selepas disiasat) jika dia dari kalangan orang yang benar. Tetapi, tujuan sumpah atau mubahalah(melaknat) itu bukan bertujuan buka aib orang,menuduh semborono,membunuh karakter dan sebagainya. Bukan tarafnya sumpah atas nama tuhanku yang mulia untuk dipermainkan atau digunakan di tempat-tempat seperti itu.

Memetik kata-kata yusuf qaradhawi, “Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik; yang beragama. Mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah [kepercayaan] mereka, dan mereka adalah ahli Hujjah. Lantaran, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 61[1]”

Melihat kepada kata-kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja. Dan juga, mereka yang sewenang-wenang bermubahalah ini pastinya mereka dari golongan yang jahil akan agama. Tidak pernah rasa takut akan azab Allah.

Kembali kepada tajuk “Negara ini Wajib kembali semula kepada Islam”. Mengapa ? dalam hal seperti ini, ternyata sistem perundangan Negara tidak mampu menyelesaikan kes video ini dengan cepat,lantas menjadikan negara ini dalam keadaan huru-hara dengan satu pihak menyokong pihak ini dan satu pihak lagi menyokong pihak itu. Islam sudah lama ada mekanisma tersendiri dalam menghadapi situasi seperti ini.

“Wahai orang-orang yang beriman jika datang pada kalian orang fasik dengan membawa berita maka periksalah berita itu dengan teliti agar kalian tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kalian menyesal atas perbuatanmu”. (AlHujurat : 6)

Sesuatu berita/tuduhan wajibnya berita itu diperiksa dengan teliti. Diperiksa di sini bukan dengan meminta penuduh membuat sumpah. Tetapi diperiksa menggunakan penyaksian dari 4 orang yang adil atau pengakuan sendiri oleh tertuduh. Indahnya islam itu dalam menjaga maruah/aib seseorang , suatu ketika Saidina Umar(khalifah) datang kepada saidina Ali dengan membawa berita terlihat pasangan yang berzina. Saidina Ali kata, bawalah 4 orang saksi yang adil jika tidak, qazaf(80 kali sebatan) dikenakan ke atas kamu(sekiranya ingin teruskan pertuduhan). Indahnya islam sehingga penyaksian seorang ketua negara yang adil pon ditolak mentah-mentah dalam menjaga maruah seorang  muslim.

Dalam cerita yang lain,seorang sahabat datang berjumpa nabi dan mengadu melihat zina. Nabi meminta dikemukan 4 orang saksi lalu, dibawakan saksi yang pertama mengaku melihat, dibawakan pula saksi yang kedua mengaku melihat,dibawakan saksi yang ketiga mengaku melihat dan dibawakan saksi yang keempat mengaku melihat pasangan itu tetapi belum berada dalam syarat zina, yakni “timba masuk sumur”.
Bertakbir nabi setelah mendengar penyaksian yang ke4 itu. Betapa islam menjaga maruah seseorang dari dirosakkan. Maka, dilepaskan tertuduh dari tuduhan zina.
(mohon sangat2 sebarang bentuk teguran jika ada salah silap dalam penceritaan di atas)  

Suka saya tutup post kali ini dengan ayat quran :

Dan orang-orang yang menuduh zina terhadap muhshonat (wanita-wanita yang baik-baik) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (An-Nur: 4-5)

Kesan kepada penuduh :
1)disebat dengan 80 kali sebatan
2)tidak diterima kesaksian
3)diiktiraf sebagai orang yang fasik


Sepatutnya Eskay dan kawan-kawannya dikenakan hukuman 80 kali sebatan!

0 comments:

Post a Comment