[aku si penunggang nafsu, atau si tunggangannya nafsu ?]

|

Jihad  perlu kepada pengorbanan.
pengorbanan  perlu kepada jihad.

Ibaratnya jihad dan pengorbanan ni seperti fahmi dan hanif.
seperti kata imam ghazali, “Negara dan islam itu adalah kembar”. Tidak  boleh pisahkan antara keduanya. Sama juga kepada jihad dan tadhiyah. Tiada jihad melainkan bersamanya tadhiyah.
Mana boleh pisahkan  adik beradik kembar. Kalau dah macam adik beradik pon xleh dpisahkan,inikan pula adik beradik kembar. Mcm tu la perumpamaan jihad dan tadhiyah nie, seperti adik beradik kembar. Hehe.
tiba-tiba citer pasal jihad ngan pengorbanan nie apesal ?

nk citernye,,,pasal social networking la…
nie khas untuk mereka yang sudah berlebih-lebih dalam fb kot. ?
dah hampir seminggu xbukak fb. Kalau sebab sibuk tu lain la,tp,,,,dah seminggu xbukak fb dan peluang terbuka luas nk bukak fb. 



Alhamdulillah, xberjaya lagi bukak. Bukan nk cakap fb nie haram, tp mmg HARAM la kalau fb yang sepatutnya menjadi medan dakwah, jadi medan lain pulak. Kalau fb jadi medan carik jodoh jadi hukum haram x fb ?
huh~persoalan yang tiba-tiba terlintas ketika menaip. Yelah, dah nama pon social networking, crik jodoh tu trmsok la dlm perkara2 sosial kot ?ke salah ?crik jodoh tu tmsok gak dlm ibadah…
matlamat tarbiyah ke 2 tu…kelu tangan nk menaip lagi. zzzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzz…..

Woi, penulis.
MASUK TAJUK BALIK LA!!!

huh~
nk tahu addict kepada sesuatu ?
kita kena uji diri kita dulu. Cmne nk uji ?
haaa…bila sesuatu benda yang kita rasa kita addict sudah terhidang di depan mata, apa yang kita akan lakukan ?
jika kita masih mampu bersabar,tidak ikut keinginan yg bernama hawa’ maka, anda boleh puji diri sendiri dgn mengatakan “saya penunggang nafsu yang berjaya. Hoho~”
tapi,,,bila tidak berjaya menahan keinginan itu, maka katakanlah pada diri sendiri “aduhai,,,nafsu!engkau pula yang menjadi penunggang kepada diriku!!”

kaitannya dengan jihad dan penorbanan ialah :
jihadnya melawan hawa nafsu, dan pengorbanannya ialah terpaksa menolak keinginan/kesukaan/keHOBIan/kenafsuan dan sgala jenis benda lain ntuk mendapat redhnya tuhan.

post kali ni ada sapa2 tidak faham ?kalau xpaham boleh kot tnye…
sbb ayat dlm post nie banyak ayat tunggang-langgang. Saya cuma tidak berapa suka kepada keFORMALian saja.





[ Negara ini wajib kembali semula kepada Islam ] [PART 2]

|



Post sebelum ini,sudah saya bicarakan mengenai permasalahan gejala sosial. Hari ini, saya mahu bicarakan permasalahan politik tanah air. Nah, ketidakstabilan politik kini mengundang banyak permasalahan. Mana mungkin rakyat Malaysia hari ini, boleh kata kita hidup dalam suasana aman damai, makmur, sejahtera dan berbagai-bagai lagi kata retorik di dada-dada akhbar.
Tentu sekali isu yang saya mahu kaitkan hari ini, berkaitan dengan isu sumpah-menyumpah. Benda ini sudah lama dijadikan permainan mereka. Jika kalian masih ingat, mubahalah yang hangat dimainkan bermula sekitar PRK permatang pauh. Saiful Bukhari bersumpah atas nama tuhanku yang agong bahawa dia diperliwatkan secara paksa oleh Anwar. Sedikit pelik saya berkaitan kes, dalam sumpahnya dia diperliwatkan secara paksa tetapi kes mereka berdua disiasat di bawah kes liwat secara sukarela. Lagu mana dia kena pun saya tidak tahu.
Kemudian selang beberapa hari, datang pula luahan sumpah yang kedua daripada Najib bahawa dia tidak kenal Altantuya. Itu hak Najib untuk membela diri dia dari fitnah. Memang tujuan sumpah itu untuk membersihkan diri dari tuduhan(selepas disiasat) jika dia dari kalangan orang yang benar. Tetapi, tujuan sumpah atau mubahalah(melaknat) itu bukan bertujuan buka aib orang,menuduh semborono,membunuh karakter dan sebagainya. Bukan tarafnya sumpah atas nama tuhanku yang mulia untuk dipermainkan atau digunakan di tempat-tempat seperti itu.

Memetik kata-kata yusuf qaradhawi, “Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik; yang beragama. Mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah [kepercayaan] mereka, dan mereka adalah ahli Hujjah. Lantaran, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 61[1]”

Melihat kepada kata-kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja. Dan juga, mereka yang sewenang-wenang bermubahalah ini pastinya mereka dari golongan yang jahil akan agama. Tidak pernah rasa takut akan azab Allah.

Kembali kepada tajuk “Negara ini Wajib kembali semula kepada Islam”. Mengapa ? dalam hal seperti ini, ternyata sistem perundangan Negara tidak mampu menyelesaikan kes video ini dengan cepat,lantas menjadikan negara ini dalam keadaan huru-hara dengan satu pihak menyokong pihak ini dan satu pihak lagi menyokong pihak itu. Islam sudah lama ada mekanisma tersendiri dalam menghadapi situasi seperti ini.

“Wahai orang-orang yang beriman jika datang pada kalian orang fasik dengan membawa berita maka periksalah berita itu dengan teliti agar kalian tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kalian menyesal atas perbuatanmu”. (AlHujurat : 6)

Sesuatu berita/tuduhan wajibnya berita itu diperiksa dengan teliti. Diperiksa di sini bukan dengan meminta penuduh membuat sumpah. Tetapi diperiksa menggunakan penyaksian dari 4 orang yang adil atau pengakuan sendiri oleh tertuduh. Indahnya islam itu dalam menjaga maruah/aib seseorang , suatu ketika Saidina Umar(khalifah) datang kepada saidina Ali dengan membawa berita terlihat pasangan yang berzina. Saidina Ali kata, bawalah 4 orang saksi yang adil jika tidak, qazaf(80 kali sebatan) dikenakan ke atas kamu(sekiranya ingin teruskan pertuduhan). Indahnya islam sehingga penyaksian seorang ketua negara yang adil pon ditolak mentah-mentah dalam menjaga maruah seorang  muslim.

Dalam cerita yang lain,seorang sahabat datang berjumpa nabi dan mengadu melihat zina. Nabi meminta dikemukan 4 orang saksi lalu, dibawakan saksi yang pertama mengaku melihat, dibawakan pula saksi yang kedua mengaku melihat,dibawakan saksi yang ketiga mengaku melihat dan dibawakan saksi yang keempat mengaku melihat pasangan itu tetapi belum berada dalam syarat zina, yakni “timba masuk sumur”.
Bertakbir nabi setelah mendengar penyaksian yang ke4 itu. Betapa islam menjaga maruah seseorang dari dirosakkan. Maka, dilepaskan tertuduh dari tuduhan zina.
(mohon sangat2 sebarang bentuk teguran jika ada salah silap dalam penceritaan di atas)  

Suka saya tutup post kali ini dengan ayat quran :

Dan orang-orang yang menuduh zina terhadap muhshonat (wanita-wanita yang baik-baik) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (An-Nur: 4-5)

Kesan kepada penuduh :
1)disebat dengan 80 kali sebatan
2)tidak diterima kesaksian
3)diiktiraf sebagai orang yang fasik


Sepatutnya Eskay dan kawan-kawannya dikenakan hukuman 80 kali sebatan!