Poco-Poco kesinambungan Yoga dan saya suka akan Tai Chi~

|

gambar x abeh donload.hehe


Salam kesedihan 1Malaysia kerana diperintah oleh seorang boneka lelaki yang dicontrol oleh seorang Quenn of the jungle.
Rasa-rasenye orang ramai dok sibuk bincang pasai poco2 dan porno2 la kan. Tapi, Mujahid Muda Hari Ini tidak mahu menulis pasal porno-porno. Mujahid nak cerita pasal poco-poco.
Dulu sekitar 2007-2008 rsenye, Mujahid teringat kes orang riuh rendahkan pasal Yoga. Riuh rendah bukan sebab ape,sebab yang sama gak mcm hari ni punya kes. Yoga difatwakan sebagai haram diamalkan oleh orang islam.!
Ceh,,orang yang layak fatwakan haram dah haramkan. Dan-dan ada pulak orang jahil kat TV1 bawak topik yoga ni ke dalam Selamat Pagi Malaysia. Lepas tu, Mujahid ingat lagi pengacara perempuan yang ada konspirasi dengan pemimpin UMNO cakap, "saya amalkan yoga juga,rasanye xde mslh pon,ape-ape pon sumenye bergantung pada niat kita sebenarnya".
=.='''
sila jemput beliau menjadi ahli majlis fatwa. LOL.
yoga
Justeru Yoga haram ye.
http://www.nikhanz.com/fatwa-pengharaman-yoga-oleh-majlis-fatwa-kebangsaan/177
http://www.scribd.com/doc/8473811/Hujah-Pengharaman-Yoga-2

http://www.scribd.com/doc/8473811/Hujah-Pengharaman-Yoga-2



Lama dah lepas orang xpuas hati dengan yoga diharamkan datang la pula senaman poco-poco.
Poco-poco ni bukan baru datang sejurus lepas yoga diharamkan,lama dah poco-poco ni bertapak kat malaysia cumanye, poco-poco ni menjadi semakin popular selepas yoga diharamkan. Dan menjadi bertambah popular bila ia menjadi tarian yang dipopularkan oleh orang yang pepopular siapa lagi kalau bukan rosmah yang mempopularkannya. Setiap kali program 1Malaysia kalo ade slot pagi atau petang mestinya poco-poco yang menjadi aktiviti 'rohani' mereka.Bukan nak kata mujahid ni anti-rosmah, tapi hakikatnye,mujahid memang tidak sekufu langsung dengan rosmah.
Memang pon dari dlu Mujahid xberkenan dengan poco-poco. Ade je muslimat yang main poco-poco. Lepas dah diharamkan oleh majlis fatwa perak mujahid rasa gembira sdikit. Walaupon ada certain2 ulama' kata harus, lebih baik kita tinggalkan terus kan. Di antara yang haram dan yang halal itu adalah syubhah, tinggalkan benda syubahah itu lebih baik.
apa-apa pun poco-poco sudah pon diharamkan oleh majlis fatwa negeri perak
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31589%3A-senaman-poco-poco-haram-mufti-perak&catid=1%3Autama&Itemid=50


yang nie pula dr yang kata poco-poco itu harus
http://drmaza.com/home/?p=1384


p/s :ijtima' ulama' itu lebih tinggi daripada ijtihad seorang 'alim






Ermm...sebenarnye,mujahid memang terkilan sangat dengan poco-poco nie.
Teringat time pergi sekolah dulu awal pagi dalam pukul 6.45 mesti ada ramai orang cina mostly dan orang melayu dan india x kira tua,muda,miskin,kaya yang bertai chi kat depan balai raya kat taman mujahid duduk. Mujahid memang suka sangat tengok orang bertai chi dengan gaya,kelembutan serta keadaan pagi yang mendamaikan hati.
Memang masyuk tengok orang bertai chi.
tapi, tahun 2009 senaman tai chi yang memang digemari mujahid telah diambil oleh oleh orang melayu(UMNO) di tempat itu. Digantikan dengan poco-poco yang memaksa orang tua melompat-lompat sekali. arghh,,,!!! Geram mujahid sangat999999x.!!!


Ce tengok gambar2 nie...
lagi best kalo tgk gambar orang bertai chi  kan drpd tengok gmbar orang berpoco ?kan2 ?kan ?hehe



poco-poco

tai chi

justeru,,,,JOM LA BERTAI CHI.!!!hehe ;D


~Merenung langit Illahi~

|


Suka sekali aku mengintai keindahan dada langit lebih-lebih lagi selepas hujan kalau bernasib baik dapatlah melihat kecantikan pelangi. Senang sekali mendapat ketenangan dengan melihat kecantikan lukisan ciptaan Illahi ni, tidak tergambar dek akal fikiran dengan kecantikan pintu gerbang jannah serta isi di dalamnya kelak, (semoga kita diberi menikmati kenikmatan di dalamnya).

Seringkali aku bermonolog sendirian bila memandang ke langit, memikirkan jiwa-jiwa pemuda Malaysia, memikirkan kezaliman berpolitik di Malaysia, memikirkan masa depan ku. Kadang-kadang ia menjadi status di facebook supaya aku mendapat cetusan pemikiran dari mereka yang lain. Namun, renungan ku ke langit semalam dan pagi ni hanya menambahkan kecuakan ku.
Aku harus pilih 1 jalan sahaja daripada berjalan-jalan yang sudah sedia ada. Tidak tahu yang mana 1 kah jalan yang membawa pengakhiran yang baik. Jalan yang pastinya tidak menjadikan aku sebagai pemfitnah kepada Islam yang di junjung. Jalan yang di dalamnya menjadikan aku istiqamah menuju keredhaan Illahi.
Hmmm..1 sahaja yang aku tahu, jalan-jalan ini, jalan yang aku pilih ini sebenarnya aku sendiri yang akan mencorakkannya menjadikan ia cantik dan buruk semua adalah kerja aku. Dan yang terpenting dalam mencorakkan jalan ini adalah hubungan aku dengan sebaik-sebaik pengatur. Dia lah Rabb ku juga Rabbul'alamin
Doakan aku istiqamah, teman.

"A doctor in the house"

|




bajet comel lak wat muke cmtu


Sebuah karya yang "sakit dan daif" itulah yg disimpulkan oleh Dr. Abdullah Hassan setelah membaca memoir yang dikarang sendiri oleh dr mahathir mohamad.


hmmm,,,su'udzon aku ketika perasmian buku ni betol ke ?yelah,dia sendiri pada hari merasmikan buku ni kat tv3,,g cakap yang dia sudah bersedia dengan berbagai saman. Mmg terus dtg la sangkaan aku
yang dalam buku dia ni kalau bukan fitnah,mesti putar belit alam. Dah 2 bnde nie je yg mmg terpalit ngan dia.
lepas tu bace pula penulisan yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman. huh! mmg sah dah, doktor yg berketurunan mamak nie mmg buat putar belit sejarah dlm buku yg dikaryanya. Semua yang diputar x lain x bukan nk mmbersih nama dia dari sejarah tanah air. Bagaimana dulu kes dia memecat tun salleh abbas, dalam buku ni disalahkan pula agong.


mcm nie citernye,,,
1 ketika dahulu UMNO bertempur sesama sendiri...team A diketuai sendiri oleh mahathir dan team B diketuai oleh tengku razaleigh hamzah. Dan keputusan undi berpihak kpd mahathir dgn 43 majoriti. dgn kemenangan yg sbgini kecil maka bnykla peristiwa nye plak...antaranye, pgharaman umno dan kemunculan umno baru oleh mahathir. malas citer bab2 pgharaman nie...smbung blek...
lantas,org2 kuat dlm team B bawa kes nie ke mahkamah agung. Then, tun salleh abbas(ketua hakim negara) memanggil 9 org hakim mahkamah agung ntuk mendengarkan rayuan mereka yg kalah itu.


Bile mahathir dgr salleh buat mcm tu, tahulah dia kes ni akan diadili dgn adil...maka,sblom dputuskan umno diharamkan,,tun sallleh abbas dan kesemua hakim yg mndgr kes tu pon dipecat...


ha,,,cmtu la citer salleh abbas kne pecat...pastu msok plak dlm buku doktor nie bahawa agong yg tidak berpuas hati dgn salleh abbas ekoran dari surat salleh abbas kpd agong pasai bunyi bising drpd penambahbaikan istana negara.


ade bnyk baik dan buruknya buku nie,,,


BAIK
1) menaik taraf bahasa inggeris kita
2) mmberi keuntungan kewangan kpd warga tua


BURUK
1) pengetahuan sejarah anda akan jd smkin songsang
2) memberi keuntungan kpd bekas perompak harta negara
3) fakta tunggang terbalik dlm buku yg ditulis selama 8 tahun itu bakal menunggang terbalikkan kepala otak      anda.


so,,,xyah beli buku nie...wat bazir duit jah...beli quran dan hadiahkan kat org lagi bagus.! 

~SAKINAH~

|

Ya Allah tuhan pemilik hati2,

UjianMu begitu berat sekali untuk hamba yang lemah ini,

Tiada daya aku tempuh ujianMu dengan hati yang berbolak-balik ini,
Perkuatkanlah diriku sepertimana Engkau memperkuatkan hamba2Mu yang Engkau redhai,

Ku pinta agar dijagakan hati ini supaya sentiasa yakin dengan hikmah yang ada disebalik ujian,
Ku pohon keampunan dariMu yang sememangnye punca kesedihan ini adalah dari dosa-dosa ku sendiri,

Ku redha dengan ujian ini dan tidak pernah berhenti mengharap dariMu,

Pahit ujianMu ini, ku pinta agar dimaniskan sedikit dengan hati yang sakinah.

Ameen...